Cuti-Cuti Ke Chocolate Museum Kota Damansara

 

2017-12-23 16.23.17

TERUJA aku bila tiba-tiba, kawan blogger PROPA RANGERS mengajak bersama geng ke CHOCOLATE MUSEUM yang terletak di Kota Damansara. Ada ke? Rupa-rupanyanya dah lebih 6 tahun operasi muzium beserta kilang coklatnya di Kota Damansara.

Tidak payah pergi jauh dah!! Belakang muzium ada kilang coklat.Milik bumiputra 100%.Jangan bimbang lah, semua produk coklatnya halal bertaraf antarabangsa.

Pertama kali sampai di Chocolate Museum terasa macam berada di Eropah. Kami di sambut mesra oleh Pegawai Penerangan, Encik Muhamad Ridzwan dan Chef Coklat. Syok juga di beri penerangan dari mula hingga akhir mengenai asal usul coklat, khasiat dan kegunaan nya dalam kehidupan harian.

 

Sejarah proses menghasilkan coklat di sampaikan dengan begitu ringkas tapi menarik.

Demo dan tips membuat coklat oleh Chef Muadz serta partner amat dihargai.Mungkin juga aku bolih cuba resepi membuat coklat di rumah.

 

 

2018-01-06 14.44.35.jpg

Aktiviti khas buat kumpulan kami PERTANDINGAN MEMBUAT COKLAT RUMAH…yippie seronak abang abang dan kakak kakak bloger menyahut cabaran mencipta Rumah Coklat…masa ditetapkan siap.hapeninngg tengok gelagat peserta peserta .

Walaupun kecil muziumnya tapi berbaloi juga pengetahuan am yang diberi oleh Chef Muadz dan sahabatnya.Demo membuat coklat amat menarik.Anak anak yang ikut kami , suka sangat mencuba # buat sendiri biskut coklat yang berperisa strawberry dan vanila…..syookkk sungguh melihat gelagat mereka mencuba dan mendapat pengalaman baru di musim cuti sekolah.

 

Sepanjang tahun muzium pasti meriah dengan lawatan kumpulan pelajar-pelajar sekolah dan pengunjung membawa keluarga.

 

Di sini juga ada kedai coklat pasti berwarna warni dan berbagai jenis coklat .PILIH PILIH…. RAMBANG MATA bila nengok berbagai jenis coklat….Kalau dah pilih….ehemmm ehemmm JANGAN LUPA BAYAR YEE !! hahaha….

HARGA..? TEPUK DADA TANYA SELERA LAA… Berbaloi

Jangan lupa ke CHOCOLATE MUSEUM beramai ramai, santai pada bila bila masa.

Bukan saja seronok tapi dapat juga menimba ilmu dan dapat pengalaman baru…..IMG_20171223_120328_375

Menurut pihak pengurusan  , perancangan membuka Chocolate Museum di Pulau Langkawi pasti akan terkenal di merata dunia.

Korang bolih dapatkan keluaran coklat DANSON FIDANI , DAIM di kedai coklat bebas cukai KLIA dan merata di lapangan terbang Malaysia.

 

Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum di http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm

Alamat:

No 2, Jalan Teknologi 3/5,

Taman Sains Selangor 1,

47810 Kota Damansara,

Selangor.

Nombor Telefon: 03-74904260

Faks: 03-61408825

Laman Web: www.chocolatemuseum.com.my

Laman Facebook: www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansara

Laman Instagram: https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd

2 thoughts on “Cuti-Cuti Ke Chocolate Museum Kota Damansara

Leave a comment